Mascot IFIT 2025 dicipta oleh En Rosmin Yaakob, Pengarah Wilayah Utara, dengan menggunakan kerbau sebagai asas maskot. Maskot yang dipilih adalah dua ekor kerbau yang diberi nama Bendi dan Binda. Nama “BENDI & BINDA” diilhamkan daripada kerbau bendang yang sinonim dengan negeri Kedah, Jelapang Padi, negeri di mana INTURA bertapak & beroperasi sejak tahun 1983 – simbol kekuatan, ketabahan dan semangat kerja keras. Dalam masa yang sama, BENDI & BINDA juga mencerminkan kelenturan dan kesihatan, selaras dengan matlamat i-Fit 2025 untuk membudayakan gaya hidup aktif berteraskan warisan dan tradisi tempatan. BENDI & BINDA melambangkan tenaga, disiplin dan semangat sihat warga INTAN khususnya dan warga perkhidmatan awam amnya.