Kontijen IFIT

Festival I-FIT 2025 menghimpunkan semangat kesukanan dan kebersamaan warga INTAN seluruh Malaysia melalui penyertaan 7 pasukan hebat yang mewakili setiap kampus INTAN.

Tahun ini, INTAN Bukit Kiara tampil dengan dua pasukan mantap iaitu Kiara Cyborg dan Kiara Thunder, manakala INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) mempertaruhkan kekuatan pasukan Turtle Warrior.

Dari selatan, INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) hadir dengan pasukan ⁠⁠IKWAS HARIMAU SELATAN, diikuti INTAN Kampus Wilayah Sabah dengan pasukan INSABAH Rhinos, serta INTAN Sarawak dengan skuad penuh tenaga ⁠⁠INSARA KENYALANG WARRIOR.

Sebagai tuan rumah, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) mempertaruhkan pasukan kebanggaan mereka — INTURA Falcon.

Kesemua tujuh pasukan ini akan berentap dalam 16 acara sukan yang menguji kekuatan fizikal, strategi, dan semangat berpasukan dan menjadikan Festival I-FIT 2025 medan sebenar untuk memperkukuh ukhuwah dan membina budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga INTAN.

Semarak tradisi, mengukir legasi

Hakcipta Terpelihara © 2025  INTURA