Author: intura

  • WOODBALL NAMPAK TENANG, TAPI PENUH TEKANAN!

    WOODBALL NAMPAK TENANG, TAPI PENUH TEKANAN!

    Suasana di Laman Woodball INTURA hari ini tenang tapi penuh tumpuan. Setiap pemain melangkah ke padang dengan wajah fokus — tangan steady, mata tajam, dan hati berdebar nak lalu ‘gate’ dengan sempurna. 😎

    Walaupun nampak santai, Woodball I-FIT 2025 ni sebenarnya penuh cabaran — salah kira sudut atau kuat sangat hayun, habis bola lari jauh! 😂 Tapi itulah serinya permainan ni, kombinasi sabar, strategi dan sedikit gaya.

    Tahniah kepada pemenang:
    Woodball – Perseorangan Wanita
    🥇 1️⃣ IKWAS Harimau Selatan
    🥈 2️⃣ KIARA Cyborg
    🥉 3️⃣ INSARA Kenyalang Warrior

    Woodball – Perseorangan Lelaki
    🥇 1️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥈 2️⃣ INTURA Falcon
    🥉 3️⃣ INTAN Sabah Rhinos

    Woodball – Berkumpulan
    🥇 1️⃣ INTURA Falcon
    🥈 2️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥉 3️⃣ INSABAH Rhinos

    Woodball – Duo Lelaki
    🥇 1️⃣ IKWAS Harimau Selatan
    🥈 2️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥉 3️⃣INTURA Falcon

  • Sukan Rakyat

    Sukan Rakyat

    Pada hari ketiga Festival I-Fit INTURA 2025, turut berlangsung acara sukan rakyat yang diadakan di sekitar kawasan INTURA sebagai sebahagian daripada pengisian program festival tahun ini.

    Suasana program dipenuhi dengan keceriaan dan semangat kesukanan apabila para peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti tradisional yang menguji kemahiran, ketangkasan serta semangat berpasukan.

    Warga INTAN digalakkan untuk terus mengikuti perkembangan Festival Sukan I-Fit INTURA 2025 yang berlangsung dari 23 hingga 27 Oktober 2025, dengan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan sukan yang menanti sepanjang tempoh festival ini.

  • BOLA TAMPAR LELAKI  – KUASA SMASH, SEMANGAT TAK PERNAH LUNTUR!

    BOLA TAMPAR LELAKI – KUASA SMASH, SEMANGAT TAK PERNAH LUNTUR!

    Walaupun hujan turun di luar, suasana di SK Taman Seri Wang tetap panas dengan aksi sengit acara Bola Tampar Lelaki I-FIT 2025! Bunyi hujan di bumbung hanya jadi muzik latar pada setiap servis, spike, dan sorakan penonton. ⚡

    Gelanggang berbumbung, tapi aura dia tetap membakar! 🔥
    Tahniah kepada pasukan pemenang:
    🥇 1️⃣KIARA THUNDER
    🥈 2️⃣INSABAH RHINOS
    🥉 3️⃣KIARA CYBORG

  • 🎯 TAJAM FOKUS, TEPAT SASARAN DI DEWAN RAHMAN!

    🎯 TAJAM FOKUS, TEPAT SASARAN DI DEWAN RAHMAN!

    Dewan Rahman hari ini menyaksikan aksi penuh tumpuan dalam acara Dart I-FIT 2025, di mana setiap peserta tampil dengan ketenangan dan strategi tersendiri. Balingan demi balingan dilakukan dengan penuh keyakinan — ada yang tepat di bullseye, ada yang hampir, tapi semangat kekal padu! 💪

    Suasana dewan bertukar hangat dengan sorakan dan tepukan, membuktikan bahawa dalam permainan dart, bukan sekadar ketepatan yang diuji, tapi juga fokus dan kawalan diri. 👀

    Tahniah kepada pemenang:
    🥇 1️⃣ INSARA KENYALANG WARRIOR
    🥈 2️⃣ KIARA THUNDER
    🥉 3️⃣ INTIM TURTLES WARRIOR

  • SEMINAR KECERGASAN I-FIT

    SEMINAR KECERGASAN I-FIT

    Seminar Kecergasan I-Fit 2025 bertajuk “𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙫𝙨 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙙𝙖𝙥” telah berjaya dianjurkan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan pemakanan seimbang dalam menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Norzalia binti Zaim Bek, Pegawai Dietetik U10 dari Hospital Sultan Abdul Halim, yang berkongsi ilmu dan tip berguna tentang bagaimana membuat pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan pemakanan, malah turut menyemai kesedaran warga INTAN tentang gaya hidup sihat yang seimbang antara diet dan aktiviti fizikal. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan seminar ini. Sama-sama kita terus amalkan pemakanan sihat demi tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas!

  • JUARA BADMINTON I-FIT 2025 DINOBATKAN!

    JUARA BADMINTON I-FIT 2025 DINOBATKAN!

    Tahniah diucapkan kepada pasukan KIARA THUNDER yang muncul juara acara badminton Festival I-FIT 2025! 🏆 Permainan penuh strategi dan semangat kesukanan memukau penonton hingga ke set terakhir. Syabas juga kepada Naib Johan iaitu pasukan KIARA CYBORG dan Tempat Ketiga INSABAH serta semua pasukan yang beraksi dengan penuh tenaga dan sportiviti — semangat I-FIT terus membara di gelanggang! 💪🔥

  • BATU SEREMBAN BUKA LANGKAH I-FIT 2025

    BATU SEREMBAN BUKA LANGKAH I-FIT 2025

    Festival I-FIT 2025 membuka tirai hari pertamanya dengan acara batu seremban yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh fokus. Permainan tradisional ini menguji ketangkasan dan ketelitian setiap peserta dalam mengawal gerak serta balingan.

    Tahniah kepada para pemenang:
    🥇 Tempat Pertama: INTURA FALCON
    🥈 Tempat Kedua: INTIM TURTLE WARRIOR
    🥉 Tempat Ketiga: INSARA KENYALANG WARRIOR

    Semoga semangat dan kesenian permainan tradisional seperti batu seremban terus hidup dalam jiwa warga I-FIT! 🌿✨

  • KITA BERENTAP!!!

    KITA BERENTAP!!!

    Masa untuk buktikan siapa paling padu! 💪🔥 Semua pasukan dah bersedia turun gelanggang dengan semangat juang yang luar biasa. Tiada istilah kalah awal — hanya kemenangan yang menanti bagi yang berani berentap! 🏆

  • Teruskan latihan!!!

    Teruskan latihan!!!

    Pasukan I-FIT dari semua kampus terus all out berlatih siang malam! 💪🔥 Setiap peluh yang jatuh tu tanda semangat yang tak pernah luntur. Teruskan usaha, kemenangan bukan datang dari nasib, tapi dari latihan tanpa henti!

  • Tinggal 2 hari lagi!!

    Tinggal 2 hari lagi!!

    Suasana makin hangat, debar makin terasa! Festival I-Fit INTURA bakal tiba tak lama lagi!

    Adakah anda sudah bersedia untuk jadi sebahagian daripada kontinjen yang akan memeriahkan festival sukan ini? Jom kita kira sama-sama… tinggal 2 hari sahaja lagi!

    #iFitINTURA2025
    #PerkhidmatanAwamMadani
    #LatihanUntukPembangunan
    #DemimuINTAN
    #TogetherWeShine
    #SentiasaDiHadapan
    #SeiringSepakat
    #HEMAT
    #MalaysiaMADANI
    #INTANBK#INTURA