Category: Uncategorized

  • DAM AJI: NOSTALGIA PERMAINAN LAMA, SEMANGAT MASIH MEMBARA!

    DAM AJI: NOSTALGIA PERMAINAN LAMA, SEMANGAT MASIH MEMBARA!

    Pagi hari keempat Festival I-Fit INTURA 2025 dimulakan dengan penuh semangat menerusi Pertandingan Dam Aji yang berlangsung di Bilik As Siddiq, INTURA.Permainan tradisional ini bukan sahaja menguji strategi dan tumpuan peserta, malah menyerlahkan semangat kesukanan, kesabaran serta keakraban antara warga INTAN. Suasana ceria semakin terasa apabila Pengarah INTAN dan Pengarah INTAN Wilayah Utara turut bersama-sama mencuba permainan dam aji sekali gus memeriahkan lagi suasana pertandingan.

    Tahniah kepada pemenang:

    🥇 1️⃣ KIARA Cyborg

    🥈 2️⃣ INTURA Falcon

    🥉 3️⃣ KIARA Thunder

  • 💥 X-GAME: KEHEBATAN LUAR BIASA DI INCUBE INTURA! 🏃‍♂️🔥

    💥 X-GAME: KEHEBATAN LUAR BIASA DI INCUBE INTURA! 🏃‍♂️🔥

    Suasana di INCUBE INTURA membara apabila peserta menyahut cabaran X-GAME I-FIT 2025, gabungan tiga acara lasak — Via Ferrata, Abseiling dan Dark Maze. Setiap aktiviti menguji ketahanan fizikal, keberanian dan fokus mental peserta yang perlu berdepan ketinggian, kegelapan serta ketidakpastian.

    Jeritan semangat dan tepukan sorakan memenuhi ruang, menjadikan suasana penuh adrenalin dan tawa. Ada yang turun tali dengan yakin, ada yang menggigil tapi tetap teruskan juga — sebab dalam X-GAME, yang penting bukan siapa paling kuat, tapi siapa paling berani mencuba! 💥

    Acara ini bukan sekadar tentang kekuatan, tapi juga simbol semangat berpasukan dan daya tahan warga INTAN yang sentiasa bersedia menempuh apa jua cabaran. 🌟

    Tahniah kepada pemenang:
    🥇 1️⃣ INTURA Falcon
    🥈 2️⃣ INTAN Bukit Kiara Cyborg
    🥉 3️⃣ INTIM Turtle Warrior

  • 🔥 KAROM I-FIT 2025: ANTARA FOKUS DAN NASIB!

    🔥 KAROM I-FIT 2025: ANTARA FOKUS DAN NASIB!

    Dewan Hussein INTURA menjadi saksi pertarungan minda dan ketangkasan jari dalam acara Karom I-FIT 2025. Walaupun nampak tenang di permukaan, suasana sebenarnya penuh dengan strategi, fokus, dan sedikit “tekanan manja” bila striker hampir kena queen tapi… tersasar sikit je! 😅

    Setiap pukulan membawa debaran — ada yang gaya profesional, ada yang gaya santai tapi tepat, dan ada juga yang gaya “nasib baik masuk!”. Namun apa pun gaya, semangat sukan dan tawa riang jadi warna utama yang menceriakan dewan.

    Tahniah kepada pemenang:
    🥇 1️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥈 2️⃣ INTURA Falcon
    🥉 3️⃣ INSABAH Rhinos

  • 🎮 GEGAK GEMURUH DIGITAL DI DEWAN JUBLI PERAK! ⚡🕹️

    🎮 GEGAK GEMURUH DIGITAL DI DEWAN JUBLI PERAK! ⚡🕹️

    Dewan Jubli Perak INTURA bertukar menjadi medan pertempuran digital apabila para pemain Counter-Strike turun beraksi dalam acara E-Sports I-FIT 2025! Setiap klik tetikus, setiap langkah taktikal dan setiap lontaran flashbang jadi penentu kemenangan — menjadikan dewan bergema dengan sorakan, ketawa dan debaran tanpa henti.

    Acara E-Sports FINAL menjadi tumpuan apabila pasukan INTURA FALCON ketinggalan 5-0 kepada KIARA CYBORG, namun semangat PASUKAN INTURA FALCON tidak luntur, apabila berjaya membuat comeback! dengan mengekori rapat mata lawan dengan 5-5.

    Pasukan demi pasukan berentap sengit, mempamerkan strategi mantap dan refleks pantas bagaikan unit elit sebenar. Namun rezeki berpihak kepada KIARA CYBORG yang berjaya mematahkan semangat lawan berjaya menundukkan INTURA FALCON dengan kemenangan 8-7 sekali gus dinobatkan sebagai JUARA E-SPORTS anjuran sulung kejohanan kali ini.

    Walaupun hanya di dunia maya, semangat berpasukan dan komunikasi taktikal yang dipamerkan cukup mengagumkan. Inilah bukti bahawa E-Sports bukan sekadar permainan — ia adalah seni koordinasi, fokus dan keberanian digital! ⚡🧠

    Tahniah kepada pemenang:
    🥇 1️⃣ KIARA CYBORG
    🥈 2️⃣ INTURA FALCON
    🥉 3️⃣ INTIM TURTLE WARRIOR

  • WOODBALL NAMPAK TENANG, TAPI PENUH TEKANAN!

    WOODBALL NAMPAK TENANG, TAPI PENUH TEKANAN!

    Suasana di Laman Woodball INTURA hari ini tenang tapi penuh tumpuan. Setiap pemain melangkah ke padang dengan wajah fokus — tangan steady, mata tajam, dan hati berdebar nak lalu ‘gate’ dengan sempurna. 😎

    Walaupun nampak santai, Woodball I-FIT 2025 ni sebenarnya penuh cabaran — salah kira sudut atau kuat sangat hayun, habis bola lari jauh! 😂 Tapi itulah serinya permainan ni, kombinasi sabar, strategi dan sedikit gaya.

    Tahniah kepada pemenang:
    Woodball – Perseorangan Wanita
    🥇 1️⃣ IKWAS Harimau Selatan
    🥈 2️⃣ KIARA Cyborg
    🥉 3️⃣ INSARA Kenyalang Warrior

    Woodball – Perseorangan Lelaki
    🥇 1️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥈 2️⃣ INTURA Falcon
    🥉 3️⃣ INTAN Sabah Rhinos

    Woodball – Berkumpulan
    🥇 1️⃣ INTURA Falcon
    🥈 2️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥉 3️⃣ INSABAH Rhinos

    Woodball – Duo Lelaki
    🥇 1️⃣ IKWAS Harimau Selatan
    🥈 2️⃣ INTIM Turtle Warrior
    🥉 3️⃣INTURA Falcon

  • Sukan Rakyat

    Sukan Rakyat

    Pada hari ketiga Festival I-Fit INTURA 2025, turut berlangsung acara sukan rakyat yang diadakan di sekitar kawasan INTURA sebagai sebahagian daripada pengisian program festival tahun ini.

    Suasana program dipenuhi dengan keceriaan dan semangat kesukanan apabila para peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti tradisional yang menguji kemahiran, ketangkasan serta semangat berpasukan.

    Warga INTAN digalakkan untuk terus mengikuti perkembangan Festival Sukan I-Fit INTURA 2025 yang berlangsung dari 23 hingga 27 Oktober 2025, dengan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan sukan yang menanti sepanjang tempoh festival ini.

  • BOLA TAMPAR LELAKI  – KUASA SMASH, SEMANGAT TAK PERNAH LUNTUR!

    BOLA TAMPAR LELAKI – KUASA SMASH, SEMANGAT TAK PERNAH LUNTUR!

    Walaupun hujan turun di luar, suasana di SK Taman Seri Wang tetap panas dengan aksi sengit acara Bola Tampar Lelaki I-FIT 2025! Bunyi hujan di bumbung hanya jadi muzik latar pada setiap servis, spike, dan sorakan penonton. ⚡

    Gelanggang berbumbung, tapi aura dia tetap membakar! 🔥
    Tahniah kepada pasukan pemenang:
    🥇 1️⃣KIARA THUNDER
    🥈 2️⃣INSABAH RHINOS
    🥉 3️⃣KIARA CYBORG

  • 🎯 TAJAM FOKUS, TEPAT SASARAN DI DEWAN RAHMAN!

    🎯 TAJAM FOKUS, TEPAT SASARAN DI DEWAN RAHMAN!

    Dewan Rahman hari ini menyaksikan aksi penuh tumpuan dalam acara Dart I-FIT 2025, di mana setiap peserta tampil dengan ketenangan dan strategi tersendiri. Balingan demi balingan dilakukan dengan penuh keyakinan — ada yang tepat di bullseye, ada yang hampir, tapi semangat kekal padu! 💪

    Suasana dewan bertukar hangat dengan sorakan dan tepukan, membuktikan bahawa dalam permainan dart, bukan sekadar ketepatan yang diuji, tapi juga fokus dan kawalan diri. 👀

    Tahniah kepada pemenang:
    🥇 1️⃣ INSARA KENYALANG WARRIOR
    🥈 2️⃣ KIARA THUNDER
    🥉 3️⃣ INTIM TURTLES WARRIOR

  • SEMINAR KECERGASAN I-FIT

    SEMINAR KECERGASAN I-FIT

    Seminar Kecergasan I-Fit 2025 bertajuk “𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙫𝙨 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙙𝙖𝙥” telah berjaya dianjurkan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan pemakanan seimbang dalam menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Norzalia binti Zaim Bek, Pegawai Dietetik U10 dari Hospital Sultan Abdul Halim, yang berkongsi ilmu dan tip berguna tentang bagaimana membuat pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan pemakanan, malah turut menyemai kesedaran warga INTAN tentang gaya hidup sihat yang seimbang antara diet dan aktiviti fizikal. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan seminar ini. Sama-sama kita terus amalkan pemakanan sihat demi tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas!

  • JUARA BADMINTON I-FIT 2025 DINOBATKAN!

    JUARA BADMINTON I-FIT 2025 DINOBATKAN!

    Tahniah diucapkan kepada pasukan KIARA THUNDER yang muncul juara acara badminton Festival I-FIT 2025! 🏆 Permainan penuh strategi dan semangat kesukanan memukau penonton hingga ke set terakhir. Syabas juga kepada Naib Johan iaitu pasukan KIARA CYBORG dan Tempat Ketiga INSABAH serta semua pasukan yang beraksi dengan penuh tenaga dan sportiviti — semangat I-FIT terus membara di gelanggang! 💪🔥